Monday, September 12, 2005

Cara Wanita Menolak Cinta

Oleh Ahmad Syukran Zainuddin
syukran@kosmo.com.my

Anda telah lama cuba menarik perhatian seorang
perempuan. macam-macam telah anda lakukan,
daripada belanja makan sehinggalah mengajaknya
menonton wayang.

Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang anda
harapkan.

Dia jarang menghantar SMS apatah lagi untuk
menelefon. Setahu anda, dia juga sering
keluar dengan lelaki lain. Peliknya anda masih
lagi mengharap suatu hari nanti dia mungkin akan
menerima anda. bagaimana untuk mengetahui bilakah
anda harus melupakannya?

Jika anda seorang yang peka dan teliti, dia
sebenarnya memberi banyak petanda bahawa dia tidak
berminat untuk menjalinkan hubungan dengan anda.

Senarai tingkah laku yang bakal anda baca di bawah
ini merupakan petanda yang biasanya dilakukan oleh
wanita untuk menolak seseorang lelaki secara
halus.

Setelah memahaminya, anda sebenarnya di dalam
posisi terbaik untuk menentukan sama ada ingin
meneruskan usaha atau melupakan hasrat itu tanpa
perlu menggadaikan perasaan sendiri.

1- Dia menyatakan tidak bersedia untuk menjalin
hubungan Inilah jalan penyelesaian paling klasik
dan berkesan yang sering diamalkan oleh wanita
apabila menyedari ada lelaki yang tidak disukainya
cuba mendekati dirinya.

Cara ini 'bersih', tidak memerlukan sebarang
persediaan dan langsung tidak memberi
peluang untuk lelaki mencuba dengan lebih
bersungguh-sungguh.

Jika ada wanita yang berkata sedemikian kepada
anda, apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah dia
tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan anda.
apa pun alasan, dia tidak melihat anda sebagai
aset perhubungan baginya, jadi tidak perlulah
anda menaruh harapan yang dia akan bersedia suatu
hari nanti. dia mungkin akan menyukai seseorang,
tapi yang pastinya bukan anda.

2- Anda sahaja yang menelefonnya dan jarang sekali
menerima panggilan daripadanya. Berhati-hati, dia
mungkin mahu mengelak daripada anda. kalau tidak
pun, dia langsung tidak teringatkan anda. dalam
erti kata lain, dia tidak berminat dengan anda dan
sanggup mencari orang lain untuk menemaninya.

Namun anda boleh mencuba. Sekiranya dia tidak
menjawab panggilan pertama, buatlah panggilan
kedua kerana mungkin dia sedang sibuk. jika dia
memang tidak menelefon anda berhari-hari selepas
puluhan panggilan atau SMS yang anda hantar,
faham-fahamlah sendiri. Anda bukan pilihannya!

Walaupun ada wanita, yang ingin melihat
kesungguhan anda, mungkin satu petanda baikkalau
dia menelefon anda selepas beberapa panggilan
tidak dijawabnya.

3- Dia mengelak untuk bertentang mata dan sentuhan
fizikal Ini adalah petanda jelas yang sering
diambil ringan oleh lelaki. jika dia tertarik
kepada anda, secara semula jadi dia ingin hampir
dan bertentang mata dengan anda.

Jika dia sentiasa mengelak pandangan, anda mungkin
mengnggapnya malu, tapi ia logik kalau berlaku
dalam pertemuan awal. kalau sudah terlalu
kerap, anggapan anda itu nyata salah.

Ini satu helah yang licik dan biasanya berjaya.
Anggaplah tindakan itu sebagai satu bentuk
penolakan terhadap anda. sekiranya dia mewujudkan
satu ruang antara anda berdua, dia sebenarnya
sedang melindungi ruang personalnya. jadi pastikan
anda duduk tidak terlalu rapat.

Anda mungkin lebih bermasalah jika dia bercerita
tentang lelaki lain dan tidak ketawa dengan lawak
jenaka yang anda buat.

4- Dia bercerita mengenai lelaki yang diminatinya.
Bukan, dia mungkin tidak berniat untuk membuatkan
anda cemburu. Kalau begitulah keadaan, anda
sebenarnya masih berada di dalam zon berkawan
sahaja. maknanya, anda tidak jauh berbeza dengan
rakan-rakannya yang lain. Dia mungkin tidak
pernah terfikir pun untuk mengadakan temu janji
dengan anda.

5- Dia cuba memperkenalkan anda dengan wanita lain
Dia melakukan perkara ini atas beberapa sebab.
Antaranya, dia fikir anda tidak sesuai dengannya,
menganggap anda sebagai kawan dan mengambil
langkah agar anda tidak lagi suka padanya. Apapun,
mesejnya sudah cukup jelas.

6- Tidak ketawa dengan lawak anda. pernahkah anda
sedaya upaya untuk membuatkannya ketawa tetapi dia
langsung tidak mengendakhannya? Ia bukanlah
berlaku sekali dua, malah setiap kali anda keluar
bersama.

Jika inilah situasi yang anda alami, dua
kesimpulan penting boleh dibuat.

Pertama, dia tidak merasakan kelucuan yang anda
cuba wujudkan itu boleh membuatkannya tertarik.
Kedua, dia memang tidak menyukai anda, jadi kenapa
dia perlu ketawa? ketawa boleh dikatakan sebagai
salah satu tarikan yang unik, jika dia
tetap tidak menunjukkan reaksi terhadap lawak
anda, faham-faham sahajalah.

7- Sentiasa tidak mempunyai masa untuk anda
Jika dia benar-benar sukakan anda, mengelakkan
diri untuk berjumpa bukanlah satu tindakan yang
bijak untuk dilakukan.

Anda sering mengajak dan merancang untuk keluar
bersama, tetapi reaksi biasa yang diperolehi ialah
tiada masa atau sudah pun mempunyai rancangan
dengan rakannya yang lain.

Mungkin dia sibuk dan tidak gemar untuk menjadikan
anda sebagai teman menghabiskan masa lapangnya.
paling teruk, dia mengelak untuk keluar bersama
kerana tidak mahu sesuatu yang positif berlaku
antara anda berdua.

8- Sering membatalkan rancangan Perkara seperti
ini memang menyakitkan hati. selepas bersetuju
untuk keluar bersama, tiba-tiba dia membatalkannya
pada saat-saat akhir. kalau begini keadaannya,
anda berada di dalam senarai simpanan. maksudnya
kalau dia benar-benar tidak mempunyai teman, anda
pilihan terakhir.

Bukanlah sesuatu yang negatif jika dia terpaksa
membatalkan rancangan atas sebab munasabah.
masalahnya ialah kejadian ini sering berlaku,
tanya kenapa, walaupun anda hanya sebagai kawan.

Andainya beginilah sikapnya, dia bukan sahaja
tidak berminat, malah tidak menghormati anda.

Langkah paling tepat, tinggalkan sahaja
angan-angan anda itu sebelum hati bertambah
sakit.

9- Definisinya menegnai lelaki idaman langsung
tidak ada pada diri anda.

Ini merupakan tajuk biasa dibualkan, walaupun
wanita jarang berpegang kepada kriteria lelaki
yang sering dinyatakannya, namun kalau semua
ciri-ciri yang diinginkannya langsung tidak wujud
dalam diri anda, ada sesuatu yang dia mahu anda
faham.

Ambillah perkara ini sebagai sesuatu yang serius,
harapan anda dapat memikatnya memang tipis. Apa
yang boleh dikatakan di sini, jika dia menunjukkan
salah satu daripada petanda di atas, ia bukanlah
satu permulaan yang baik. Kalau anda sedar dia
menonjolkan banyak perkara seperti yang
dinyatakan, anda boleh buat kesimpulan bahawa dia
langsung tidak tertarik dengan usaha
anda itu.

Kita cukup faham bahawa lelaki sukar untuk
mengalah, tetapi bukanlah atu tindakan bijak jika
menerukkan usaha yang pasti akan mengecewakan
anda. jadi, hentikan sahaja angan-angan dan tidak
perlu makan hati atas tindakannya. tidak
semestinya kegagalan itu menunjukkan bahawa anda
tidak cukup bagus untuk memikat wanita, mungkin
hanya masa belum tiba.


Sertai DYDMalaysia@yahoogroups.com untuk lebih
banyak tips.

Sila lawati :

http://groups.yahoo.com/group/dydmalaysia/

No comments: